Analisis Kesalahan Bahasa
Menurut
Nik Safiah Karim et. al, (2014), tatabahasa merupakan peraturan dan sistem
sesuatu bahasa iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk
tulisan atau lisan. Maka, bahasa itu harus menepati hukum-hukum tatabahasa.
Secara langsung, percakapan dan penulisan yang menggunakan bahasa dan mematuhi
hukum tatabahasa akan memberi makna mendalam.
Petikan yang dikaji dan dianalisis
bertajuk “Sejarah dan Teknik bermain Bola Basket”. Petikan ini ditulis oleh
Indra Dewa. Melalui analisis petikan ini, saya telah mengesan terdapat beberapa
aspek kesalahan yang wujud.
i. Aspek Kesalahan Ejaan
Penulis
petikan agak keliru dengan penggunaan abjad “a”, “e” dan “i” dengan melakukan
beberapa kesilapan yang ketara dalam petikan ini. Penulis juga keliru dan
dipengaruhi dengan sebutan bahasa Inggeris semasa penulisan perkataan bahasa Melayu
iaitu perkataan tehnik, populet, unsure, tim dan Desember.
|
Salah
|
Betul
|
|
Salah
|
Betul
|
|
Salah
|
Betul
|
|
Amerika Serikat.
|
Amerika Syarikat.
|
|
......setiap tim.....
|
......setiap pasukan.....
|
|
perbedaan
|
perbezaan
|
|
Kristen
|
Kristian
|
|
berarti
|
bererti
|
|
menit
|
minit
|
|
Desember
|
Disember
|
|
yaitu
|
iaitu
|
|
tehnik
|
teknik
|
|
karena
|
kerana
|
|
resmi
|
rasmi
|
|
populert
|
popular
|
|
unsure
|
unsur
|
|
yunior
|
junior
|
|
menghadang
|
menghalang
|
Jadual 12 :
Kesalahan Penggunaan Ejaan
ii. Aspek Kesalahan Tanda baca
Kesalahan tanda baca yang kerap dalam petikan ini ialah penulis biasa
tidak membuat satu jarak selepas membuat satu tanda baca sama ada tanda koma
(,) atau tanda noktah (.). Kesalahan tanda baca ini menyebabkan sesuatu
penulisan tidak sempurna. Contoh kesalahan penggunaan adalah seperti berikut:
|
Salah
|
Betul
|
|
...... diSpringfield,Massachusetts, harus.....
|
...... di
Springfield, Massachusetts, harus.....
|
|
......mainkan
saat kecil di Ontario,Naismith......
|
......mainkan
saat kecil di Ontario, Naismith......
|
|
Pada awalnya,setiap tim
berjumlah sembilan orang dan tidak ada dribble,sehingga......
|
Pada
awalnya, setiap tim berjumlah
sembilan orang dan tidak ada dribble,
sehingga......
|
Jadual 13 :
Kesalahan Penggunaan Tanda baca
iii. Aspek Kata Hubung
|
Salah
|
Betul
|
|
|
Bila
terjadi skor yang sama.....
|
Apabila
terjadi skor yang
sama.....
|
|
|
Penggunaan
“Bila” adalah salah kerana bila adalah kata tanya (menunjuk masa) manakala
apabila adalah kata hubung.
|
||
|
.....dimaklumi sebab kemenangan
dalam......
|
.....dimaklumi kerana kemenangan
dalam......
|
|
|
Perkataan “sebab” dan “kerana”
berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan 'sebab' ialah kata nama,
manakala perkataan 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan. Maka,
penggunaan “sebab” dalam ayat tersebut adalah salah.
|
||
Jadual 14 :
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
iv. Aspek Kata Sendi Nama
|
Salah
|
Betul
|
|
Bola harus dipegang di
dalam atau diantara
telapak tangan.
|
Bola harus dipegang di
dalam atau di
antara telapak
tangan.
|
|
“diantara”
harus dipisahkan kerana “di antara” dapat digunakan untuk menunjukkan
kedudukan fizikal atau tempat.
|
|
|
......seperti yang
diatas......
|
......seperti
yang di atas......
|
|
.....dengan sikap ditempat atau....
|
.....dengan sikap di
tempat atau....
|
|
......disamping itu....
|
......di samping
itu....
|
|
“di”
patut dipisahkan. Kata sendi nama “di” harus ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang mengikutinya.
|
|
|
......kemana ia tuju....
|
.....ke mana ia tuju.....
|
|
.....kesegala arah.....
|
.....ke segala
arah....
|
|
.....mendorong badan kebelakang.....
|
.....mendorong badan ke
belakang......
|
|
“ke”
patut dipisahkan. Kata sendi nama “ke” dieja sebagai satu kata yang terpisah
daripada kata nama atau frasa nama.
|
|
|
......meninggal dunia 28
November 1939,....
|
.....meninggal dunia pada 28 November 1939,.....
|
|
Kata
sendi “pada” perlu digunakan kerana menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului
kata nama yang menyatakan masa.
|
|
Jadual 15 :
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
v. Aspek Kata Nama
|
Salah
|
Betul
|
|
Bola Basket
|
Bola
Keranjang
|
|
Basket
ialah perkataan Inggeris. Perkataan “Basket” di petikan menunjukkan sejenis
bola, jadi harus digantikan dengan perkataan “keranjang”àBola
Keranjang
|
|
|
sang legenda
|
Sang Lagenda
|
|
“sang
legenda” merujuk nama sesuatu benda yang khusus maka ejaannya perlu berpangkalkan
huruf besar.
|
|
Jadual 16 :
Kesalahan Penggunaan Kata Nama
vi. Aspek Imbuhan
|
Salah
|
Betul
|
|
Terinspirasi
dari permainan yang pernah ia mainkan saat kecil di.....
|
Inspirasi dari permainan yang pernah ia mainkan saat
kecil di.....
|
|
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), “inspirasi” membawa maksud ilham. Tiada imbuhan “ter” bagi kata dasar
inspirasi.
|
|
|
Sejarah peraturan
permainan basket diawali dari 13 aturan dasar yang ditulis sendiri oleh James Naismith.
|
Sejarah peraturan
permainan basket terawal dari 13 aturan dasar yang ditulis
sendiri oleh James Naismith.
|
|
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), kata dasar “awal” membawa maksud sebelum waktu biasa. Tiada imbuhan “di”
bagi kata dasar “awal”. “terawal” paling sesuai dengan membawa maksud lebih
awal.
|
|
|
Pemain tidak diperbolehkan berlari sambil memegang
bola.
|
Pemain tidak boleh berlari sambil memegang
bola.
|
|
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), kata dasar “boleh” membawa maksud dapat, mampu. “boleh” ialah kata
kerja, tiada imbuhan “diper...kan” digunakan.
Maka, penggunaan kata dasar “boleh” lebih sesuai.
|
|
|
...pemain lawan dengan
cara disengaja
|
...pemain lawan dengan
cara sengaja.
|
|
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), kata dasar “sengaja” telah membawa maksud memang diniatkan. Jadi,
imbuhan “di” tidak diperlukan.
|
|
*Imbuhan
“diperbolehkan” kerap digunakan secara
salah dalam petikan ini.
Jadual 17 :
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Analisis kesalahan bahasa yang lengkap dan padat !
ReplyDeleteBila terjadi skor yang sama.....
ReplyDeleteperkataan "bila" adalah salah. Perkataan "bila" ditukar kepada "apabila". Penggunaan "apabila" sebagai kata hubung lebih sesuai digunakan.
Analisis ini memperbetulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan dan turut memberi penjelasan yang jelas tentang kesalahan tatabahasa.
Hasil analisis ditulis dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami.
ReplyDeleteHasil analisis ditulis dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami.
ReplyDeleteHasil analisis kesalahan tatabahasa yang jelas, lengkap dan tepat. Jenis kesalahan tatabahasa dibahagikan dengan jelas dan teliti. Persembahan dalam bentuk jadual juga kemas semasa membuat rujukan. Huraian analisis yang dinyatakan dapat meningkatkan kefahaman pembaca.
ReplyDeleteKesalahan tatabahasa dalam petikan dianalisis dengan jelas.
ReplyDeleteAnalisis yang jelas dan lengkap.
ReplyDeleteJenis kesalahan dikatagori dengan jelas dan lengkap dengan huraian yang lengkap.
ReplyDeleteHasil analisa sangat baik kerana memberikan penekanan terhadap kesalahan yang dijumpai. Amat baik!
ReplyDeleteHasil analisis yang jelas, padat, dan mudah difahami.
ReplyDeleteTahniah....
Hasil analisis dalam bentuk jadual jelas diterangkan. Pembetulan yang ditulis meningkatkan kefahaman pembaca.
ReplyDeleteAnalisis yang mudah difahami dan jelas. Syabas!
ReplyDeleteHasil analisis padat dan jelas! Sangat bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang jelas, syabas
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnalisis yang jelas. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteanalisis dan penjelasan amat padat dan jelas!bagus!
ReplyDeletePenjelasan diberi dengan baik sekali tetapi harap jawapan yang betul diwarnakan supaya dapat nampak dengan lebih jelas perbandingan dengan jawapan yang salah.
ReplyDeleteterima kasih atas cadangan saudara..
DeleteIsi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna!
ReplyDeleteAnalisis yang padat dan jelas dapat menunjukkan huraian isi yang terperinci dan dapat membantu pembaca lebih memahaminya. Analisis tatabahasa amat bertepatan dengan peraturan Tatabahasa Melayu asli. Tahniah...
ReplyDeleteAnalisis yg terperinci dan jelas...rujukan yang jelas. Terima kasih...^_^
ReplyDelete