Friday, 25 September 2015

Hasil Analisis Kesalahan Bahasa

  Analisis Kesalahan Bahasa
            Menurut Nik Safiah Karim et. al, (2014), tatabahasa merupakan peraturan dan sistem sesuatu bahasa iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Maka, bahasa itu harus menepati hukum-hukum tatabahasa. Secara langsung, percakapan dan penulisan yang menggunakan bahasa dan mematuhi hukum tatabahasa akan memberi makna mendalam.
            Petikan yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Sejarah dan Teknik bermain Bola Basket”. Petikan ini ditulis oleh Indra Dewa. Melalui analisis petikan ini, saya telah mengesan terdapat beberapa aspek kesalahan yang wujud.

i. Aspek Kesalahan Ejaan
Penulis petikan agak keliru dengan penggunaan abjad “a”, “e” dan “i” dengan melakukan beberapa kesilapan yang ketara dalam petikan ini. Penulis juga keliru dan dipengaruhi dengan sebutan bahasa Inggeris semasa penulisan perkataan bahasa Melayu iaitu perkataan tehnik, populet, unsure, tim dan Desember.
Salah
Betul

Salah
Betul

Salah
Betul
Amerika Serikat.
Amerika Syarikat.

......setiap tim.....
......setiap pasukan.....

perbedaan
perbezaan
Kristen
Kristian

berarti
bererti

menit
minit
Desember
Disember

yaitu
iaitu

tehnik
teknik
karena
kerana

resmi
rasmi

populert
popular
unsure
unsur

yunior
junior

menghadang
menghalang
Jadual 12 : Kesalahan Penggunaan Ejaan

ii. Aspek Kesalahan Tanda baca
Kesalahan tanda baca yang kerap dalam petikan ini ialah penulis biasa tidak membuat satu jarak selepas membuat satu tanda baca sama ada tanda koma (,) atau tanda noktah (.). Kesalahan tanda baca ini menyebabkan sesuatu penulisan tidak sempurna. Contoh kesalahan penggunaan adalah seperti berikut:
Salah
Betul
...... diSpringfield,Massachusetts, harus.....
...... di Springfield, Massachusetts, harus.....
......mainkan saat kecil di Ontario,Naismith......
......mainkan saat kecil di Ontario, Naismith......
Pada awalnya,setiap tim berjumlah sembilan orang dan tidak ada dribble,sehingga......
Pada awalnya, setiap tim berjumlah sembilan orang dan tidak ada dribble, sehingga......
Jadual 13 : Kesalahan Penggunaan Tanda baca

iii. Aspek Kata Hubung
Salah
Betul
Bila terjadi skor yang sama.....
Apabila terjadi skor yang sama.....
Penggunaan “Bila” adalah salah kerana bila adalah kata tanya (menunjuk masa) manakala apabila adalah kata hubung.
.....dimaklumi sebab kemenangan dalam......
.....dimaklumi kerana kemenangan dalam......
Perkataan “sebab” dan “kerana” berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan 'sebab' ialah kata nama, manakala perkataan 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan. Maka, penggunaan “sebab” dalam ayat tersebut adalah salah.
Jadual 14 : Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

iv. Aspek Kata Sendi Nama
Salah
Betul
Bola harus dipegang di dalam atau diantara telapak tangan.
Bola harus dipegang di dalam atau di antara telapak tangan.
“diantara” harus dipisahkan kerana “di antara” dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
......seperti yang diatas......
......seperti yang di atas......
.....dengan sikap ditempat atau....
.....dengan sikap di tempat atau....
......disamping itu....
......di samping itu....
“di” patut dipisahkan. Kata sendi nama “di” harus ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
......kemana ia tuju....
.....ke mana ia tuju.....
.....kesegala arah.....
.....ke segala arah....
.....mendorong badan kebelakang.....
.....mendorong badan ke belakang......
“ke” patut dipisahkan. Kata sendi nama “ke” dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama.
......meninggal dunia 28 November 1939,....
.....meninggal dunia pada 28 November 1939,.....
Kata sendi “pada” perlu digunakan kerana menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan masa.
Jadual 15 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

  
v.  Aspek Kata Nama
Salah
Betul
Bola Basket
Bola Keranjang
Basket ialah perkataan Inggeris. Perkataan “Basket” di petikan menunjukkan sejenis bola, jadi harus digantikan dengan perkataan “keranjang”àBola Keranjang
sang legenda
Sang Lagenda
“sang legenda” merujuk nama sesuatu benda yang khusus maka ejaannya perlu berpangkalkan huruf besar.
Jadual 16 : Kesalahan Penggunaan Kata Nama

vi.  Aspek Imbuhan
Salah
Betul
Terinspirasi dari permainan yang pernah ia mainkan saat kecil di.....
Inspirasi dari permainan yang pernah ia mainkan saat kecil di.....
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “inspirasi” membawa maksud ilham. Tiada imbuhan “ter” bagi kata dasar inspirasi.
Sejarah peraturan permainan basket diawali dari 13 aturan dasar yang ditulis sendiri oleh James Naismith.
Sejarah peraturan permainan basket terawal dari 13 aturan dasar yang ditulis sendiri oleh James Naismith.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kata dasar “awal” membawa maksud sebelum waktu biasa. Tiada imbuhan “di” bagi kata dasar “awal”. “terawal” paling sesuai dengan membawa maksud lebih awal.
Pemain tidak diperbolehkan berlari sambil memegang bola.
Pemain tidak boleh berlari sambil memegang bola.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kata dasar “boleh” membawa maksud dapat, mampu. “boleh” ialah kata kerja, tiada imbuhan “diper...kan” digunakan.  Maka, penggunaan kata dasar “boleh” lebih sesuai.
...pemain lawan dengan cara disengaja
...pemain lawan dengan cara sengaja.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kata dasar “sengaja” telah membawa maksud memang diniatkan. Jadi, imbuhan “di” tidak diperlukan.
*Imbuhan “diperbolehkan”  kerap digunakan secara salah dalam petikan ini.
Jadual 17 : Kesalahan Penggunaan Imbuhan

            Kesimpulan, kesalahan yang dikesan dalam petikan telah diutarakan di atas. Kesalahan-kesalahan ini perlu diperbetulkan agar pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan di samping dapat mengekalkan kelancaran bacaan. 

22 comments:

  1. Analisis kesalahan bahasa yang lengkap dan padat !

    ReplyDelete
  2. Bila terjadi skor yang sama.....
    perkataan "bila" adalah salah. Perkataan "bila" ditukar kepada "apabila". Penggunaan "apabila" sebagai kata hubung lebih sesuai digunakan.
    Analisis ini memperbetulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan dan turut memberi penjelasan yang jelas tentang kesalahan tatabahasa.

    ReplyDelete
  3. Hasil analisis ditulis dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  4. Hasil analisis ditulis dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  5. Hasil analisis kesalahan tatabahasa yang jelas, lengkap dan tepat. Jenis kesalahan tatabahasa dibahagikan dengan jelas dan teliti. Persembahan dalam bentuk jadual juga kemas semasa membuat rujukan. Huraian analisis yang dinyatakan dapat meningkatkan kefahaman pembaca.

    ReplyDelete
  6. Kesalahan tatabahasa dalam petikan dianalisis dengan jelas.

    ReplyDelete
  7. Analisis yang jelas dan lengkap.

    ReplyDelete
  8. Jenis kesalahan dikatagori dengan jelas dan lengkap dengan huraian yang lengkap.

    ReplyDelete
  9. Hasil analisa sangat baik kerana memberikan penekanan terhadap kesalahan yang dijumpai. Amat baik!

    ReplyDelete
  10. Hasil analisis yang jelas, padat, dan mudah difahami.
    Tahniah....

    ReplyDelete
  11. Hasil analisis dalam bentuk jadual jelas diterangkan. Pembetulan yang ditulis meningkatkan kefahaman pembaca.

    ReplyDelete
  12. Analisis yang mudah difahami dan jelas. Syabas!

    ReplyDelete
  13. Hasil analisis padat dan jelas! Sangat bagus!

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Analisis yang jelas. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  16. analisis dan penjelasan amat padat dan jelas!bagus!

    ReplyDelete
  17. Penjelasan diberi dengan baik sekali tetapi harap jawapan yang betul diwarnakan supaya dapat nampak dengan lebih jelas perbandingan dengan jawapan yang salah.

    ReplyDelete
  18. Isi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna!

    ReplyDelete
  19. Analisis yang padat dan jelas dapat menunjukkan huraian isi yang terperinci dan dapat membantu pembaca lebih memahaminya. Analisis tatabahasa amat bertepatan dengan peraturan Tatabahasa Melayu asli. Tahniah...

    ReplyDelete
  20. Analisis yg terperinci dan jelas...rujukan yang jelas. Terima kasih...^_^

    ReplyDelete